Wednesday, December 9, 2009

Kawan-Kawan Saya

Saya mempunyai beberapa kenalan baik dikalangan pengiat2 perniagaan aksesori kristal seperti Jolita Suri, HoneyJb, Perfext, Azean Puchong dan sebagainya.  Mereka2 ini merupakan kenalan baik saya dan kami sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan perniagaan yang kami ceburi ini sentiasa mendapat tempat di hati peminat2 aksesori kristal. Mudahan dijauhi dari segala buruk sangka dan hasad dengki serta mendapat rezeki yang diberkati Allah sentiasa.

Puan Jolita Suri tersenyum mengoda











HoneyJb sebok menjawab panggilan kastemer


Friday, November 27, 2009

Shopping

Bersoping Sakan Di China

Dah beberapa kali saya ke China memborong barangan kristal.  Memang murah dan amat berbaloi jika kita ingin membeli secara pukal.  Kebanyakkan barangan kristal yang saya jual saya borong sendiri dari China.








Wednesday, November 25, 2009

Pengenalan

Salam Perkenalan

Amrah Harun merupakan seorang surirumah yang menjalan perniagaan internet sepenuh masa.  Saya mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini di awal tahun 2005.  Minat yang mendalam dalam bidang aksesori menyebabkan saya mendalami bidang ini menerusi pembelajaran serta pembacaan di internet.  Amrah Harun dilahirkan pada 25 Jan di Kuala Terengganu dan merupakan anak sulung dari 10 orang adik beradik.  Berkahwin dengan Megat Zaifudin Megat Yahaya dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Nur Arisha yang kini berusia 10 tahun. Saya sekarang menetap di Seksyen 27, Taman Alam Megah Shah Alam sejak tahun 1998.

Disamping perniagaan internet, saya juga aktif menganjurkan bengkel serta kelas2 aksesori kristal samada di rumah saya atau di lokasi2 tertentu atas jemputan pihak2 yang terbabit seperti Persatuan Ibu2 Tunggal, Puspanita, Persatuan Penduduk Setempat, Kementerian Pembangunan Wanita, Badan NGO dan sebagainya.

Saya sekarang sekarang sedang sibok menjalani pergambaran untuk buku aksesori kristal no. 2 saya yang dijangka akan berada dipasaran tahun depan.